Kisahnya macam ni. Malam semalam aku baca blog Zahiril Adzim dan aku terjumpa satu post yang menceritakan tentang inspirasi. Katanya, orang mendapat inspirasi dan terinspirasi melalui pelbagai cara. Ada yang mendapat inspirasi dengan mendengar, melihat dan sebagainya. Jika difikirkan, memang betul.
Dan aku?
Terinspirasi daripada sebuah mimpi. Mimpi yang bagi aku sangat pelik dan indah pada masa yang sama. Cuma di sini aku tidak mahu menceritakan tentang mimpi aku kerana mimpi aku hanyalah kisah dongeng semata. Yalah, nama pun mimpi kan. Mimpi itu membuatkan semangat aku untuk menulis tiba-tiba berkobar kembali. Perasaannya seperti cepat-cepat mahu menulis sebuah kisah mimpi yang aku alami. Lalu aku cuba untuk menulis. Aku interpretasikan mimpi aku dengan kata-kata tanpa aku sedari, semua ini buang masa saja. Aku memang bukan penulis yang baik. Lalu aku lepaskan pen yang aku pegang dan aku harap mimpi itu muncul kembali walau aku tak mampu mengekspresikannya di atas sehelai kertas.
0 comments:
Post a Comment