Friday, January 23, 2015

Memang macam ni

Aku kalau tulis post dalam bahasa melayu je, automatik ayat jadi puitis, penulisan nampak beradab je. Dah macam boleh tulis sajak gayanya. Tapi.. kalau tulis post dalam bahasa inggeris, main belasah je nak tulis apa, puitis gramatis semua hilang.
Hmm.
Agaknya aku memang macam ni.

-___-

Thursday, January 22, 2015

Inspirasi

Kisahnya macam ni. Malam semalam aku baca blog Zahiril Adzim dan aku terjumpa satu post yang menceritakan tentang inspirasi. Katanya, orang mendapat inspirasi dan terinspirasi melalui pelbagai cara. Ada yang mendapat inspirasi dengan mendengar, melihat dan sebagainya. Jika difikirkan, memang betul.

Dan aku?
Terinspirasi daripada sebuah mimpi. Mimpi yang bagi aku sangat pelik dan indah pada masa yang sama. Cuma di sini aku tidak mahu menceritakan tentang mimpi aku kerana mimpi aku hanyalah kisah dongeng semata. Yalah, nama pun mimpi kan. Mimpi itu membuatkan semangat aku untuk menulis tiba-tiba berkobar kembali. Perasaannya seperti cepat-cepat mahu menulis sebuah kisah mimpi yang aku alami. Lalu aku cuba untuk menulis. Aku interpretasikan mimpi aku dengan kata-kata tanpa aku sedari, semua ini buang masa saja. Aku memang bukan penulis yang baik. Lalu aku lepaskan pen yang aku pegang dan aku harap mimpi itu muncul kembali walau aku tak mampu mengekspresikannya di atas sehelai kertas.

Lima belas

Rasa macam nak tukar template lagi tapi rasa macam template ni dah okey. Putih dan tak serabut. Rasa macam nak tukar tapi tiba-tiba rasa macam malas. Entahlah.

2015. Entah apa azam aku. 2014 pun macam tu jugak. Melewati hari-hari sehinggalah ke penghujung tahun tapi tetap tak mempunyai apa-apa azam. Bak kata Mat Luthfi, "azam aku adalah untuk mempunyai azam." Kan senang macam tu. Terus tercapai azam. Cuma yang pasti aku harap aku akan jadi lebih rajin belajar. Ya, aku memang pemalas. Sekian. Itu jelah azam aku.

2015. Tolong jadi tahun yang baik untuk aku.

2014, you're not gonna be missed.

© Wander, Wonder 2012 | Blogger Template by Enny Law - Ngetik Dot Com - Nulis