Hari Sabtu, 25 Mei lepas, pelajar sekolah aku dalam 31 org termasuk aku pergi ke UMT(Universiti Malaysia Terengganu). Alah, universiti tu dekat je dgn sekolah aku. Jalan kaki pun sampai. Serius. Kitorang pergi sana sebab ada program yg dianjurkan oleh pelajar yg ambil bidang kaunseling. Alamak dah lupa apa nama program tu. Program tu mula dlm pukul 9 pagi hingga pukul 3 lebih.
Sejujurnyalah, aku agak malas nak pergi ke program tu. Lebih2 lagi berkaitan bidang kaunseling ni. Diorang nak bg ceramah kat kitorang dari pukul 9 sampai 3 petang ke apa? Hoh. Aku memang, suka sangat fikir negatif. Kenyataannya, anggapan aku tu salah.
Sampai kat sana, kitorang masuk dalam dewan kuliah diorang. Ramai jugak ahli mereka terlibat. Hampir sama ramainya dgn pelajar sekolah aku. Mungkin. Selepas diorang perkenalkan diri masing2 sbg fasi, buat warm up sikit mcm senaman si Tommy, pastu diorang letak gula2 kat depan, satu kelompok untuk lelaki dan satu kelompok lagi untuk perempuan. Dalam pada fasi tu cakap, "tak payah berebut, semua orang dapat", diorang tetap jugak berebut. Okey, aku dikecualikan. Aku ambil gula2 mentos kaler ungu. Lepastu, kitorang kena cari orang yg ada gula2 sama dgn kita dan duduk dlm satu kumpulan. Mula2 rasa untung jugak sebab sekumpulan dgn kawan aku. Lepastu fasi tu suruh aku pergi kumpulan sebelah sebab kumpulan aku 6 org, sepatutnya 5 org je. Dalam kumpulan tu, takde pun yang segeng dgn aku. Sedih okey.
Kumpulan aku terdiri drpd Alif dan Kak Ayyad(form 6) dan Nini, Sofwan dan aku(form 4). Walau bagaimanapun, aku bersyukur masuk kumpulan ni. Walaupun aku tak sekelas dgn Nini, tapi dia baik dgn aku. Fasi2 kumpulan kami ialah Kak Noor dan Abang Jijan. Diorang sangat best, sempoi dan sporting. Diorang layan aku mcm adik sendiri. Diorang semua asal Terengganu, jd kami tak payah susah2 ckp bandar, kami saling cakak teganu je.
Aku rasa untung sangat masuk kumpulan ni. Ahli kumpulan tak sombong dan fasi2 pun layan kitorang dgn baik. Fasi2 byk bg nasihat dekat kitorang. Aku ingat lagi, diorang ada tanya aku, apa cita2 aku dan aku jawab,
"cikgu je"
"cikgu je?"
"bakpe nak jadi cikgu?"
"sbb saya rasa jadi cikgu senang dan sesuai untuk saya"
"cikgu apa?"
"cikgu je apa2 pun. Asalkan cikgu"
:p
Kak Noor sempat cakap dekat aku, "jadilah cikgu kaunseling" , aku cepat2 cakap taknak. Haha. Dan aku juga 'dipaksa' untuk bercakap dekat depan tentang apa yang aku dapat drpd program tu. Note that: dipaksa. Haha. Abang Jijan yang paksa T_T. Walau seribu kali tolak pun, dia tetap nak aku jugak yang cakap dekat depan. Aku pun pergi jelah depan, ambik mikrofon dan cakap. Apa yang mengejutkan aku ialah aku langsung tak berdebar pun cakap kat depan. Aku dapat cakap mcm biasa. Yelah, aku ni tak biasa sgt cakap kat depan orang ramai dan mudah rasa takut. Mungkin sebab tahap keyakinan aku yg terlalu rendah. Dan aku rasa aku boleh cakap dgn baik bila sampai masanya aku jd emcee nanti. Insyaallah. :)
Kak Noor dan Abang Jijan, you both gave me 'something' to remember :')
0 comments:
Post a Comment